Friday, September 3, 2004

Buat Si Kucing..Kai


Pagi..

Bunyi suara ngiauan si hitam putih itu di luar kedengaran, itu bukan bunyi suara si anak..itu suara si jantan,suara yang biasa..suara yang selalu mintak makanan, isteriku melangkah kepintu perlahan-lahan, dia tahu si dia akan tunggu di luar semalaman,

Dulu,

ada si ibu melahirkan anak dalam tong sampah kami,ada empat ekor semuanya, kecil kecil dan comel belaka. Isteriku nama kan mereka dengan nama korea, memang isteriku die hard fan citer korea..aku pun dah lupa nama nama mereka.
paling ku ingat Yen dengan Kai sahaja, dari empat tinggal dua..mungkin depa mati kena langgar dengan kereta, kesian kat depa tapi nak buat lagu mana, depa ni kecik kecik ganas ganas belaka habis suratkhabar depa 'baca', bukan untuk tambah ilmu di dada tapi depa buat semak saja






1st batch- Masa untuk minum

2nd batch- Masa untuk makan



Kini,

tinggal laa satu si jantan yang manja, asyik dok mintak makanan bila kami balik kerja diberi friskies di jelingnya sahaja. Nak nasik berlauk ikan yg makcik belakang punya, Bila makan bukan reti nak bersila, yang kami tak tahan boleh duduk bertimpuh pula,
bila kenyang dia tidoq tak terhingga ,kalau dikejut baru nak terjaga itulah pasal kalau asyik dimanja tapi apa nak buat itu jer manja yang ada.
Kucing kami Kai namanya

No comments:

Post a Comment